Want your
own Fotopage?






 
Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 2-Oct-2010 02:16 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Sabah 10 - 15 Jun 2010 (part IV)

TAMAN LAUT TUANKU ABDUL RAHMAN

a great and enjoyable snorkeling experience .... fantastic!!!!!!!!!!!!!1



















Saturday, 2-Oct-2010 01:49 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Sabah 10 - 15 Jun 2010 (part III)

KINABALU PARK













Saturday, 2-Oct-2010 01:11 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Sabah 10 - 15 Jun 2010 (part II)

huhuhuuuuuuuu, dah berkurun dah topik ni ditinggalkan .... tapi tetap nak upload gak gambar2 kenangan ... banyak lagi dalam simpanan ni ... upload satu2 lah ... sekarang ni tengah free sket, dok tunggu kereta .... servis setiap 6 bulan, kena tunggu 3 jam jugaklah ... apa lagi, wat lah apa yang patut

IN AND AROUND KK WATERFRONT

kenangan jalan2 di sekitar waterfront KK ... alhamdulillah, sambil tengok2 mana yang patut di tepi2 tuh, dapat menikmati keindahan senja yang begitu mendamaikan ... memang kami nasib baik sbb satu hari ni ajalah yang cerah dan terang benderang ... ari2 yang lain tuh, hujan waktu petang. begitulah percaturan Dia yang maha mengetahui segalanya.

enough of that, jom layan gambar2 ni.
















Sunday, 27-Jun-2010 03:26 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Sabah 10 - 15 Jun 2010 (part I)

 
fuhhhhhh lamanya tak update fotopages ni ... bukannya apa, sibuk dsb ... emmm biasalah banyak alasan kan ...

anyway, percutian sempena cuti sekolah kali ni ... destinasinya ke sabah ... it has been our long long dream to go to sabah .... alhamdulillah, yang TERSAYANG hadiahkan percutian kali ini sempena anniversary kami yang ke 14 ... terima kasih banyak2.

secara kesimpulannya, memang kami berpuas hati dengan percutian kali ini ... maklumlah dah lama tak ambik cuti panjang, jadi kami memang plan apa yang kami nak buat sepanjang kami di sabah ... walaupun tidak mengikut perancangan asal, alhamdulillah, turned out to be very satisfactory.

sewa keter viva ... puas hati dapat meronda2 ke mana yang kami nak. first day, kami ke nexus karambunai ... hujan lebat menyambut kedatangan kami .... so kami hanya berehat di hotel dan buat apa yang patut lah hehhehe .... however, ada juga pengalaman masam-masam manis kat sini .... so next day, we checked out and headed for our first phase of percutian ie. exploring daerah kudat.







EXPLORING DISTRICT OF KUDAT, SABAH

perjalanan ke pekan kecil kudat, biasanya mengambil masa around 2 to 3 hours .... we took longer, coz berhenti here and there. sepanjang perjalanan tidak menjemukan ... pemandangan banjaran crocker dan kampung2 di sepanjang perjalanan cukup menghiburkan.


persinggahan pertama ... KG SUMANGKAP ... tempat buat gong, nak masuk kena bayar rm 5 for adults ....



persinggahan kedua ... rungus long house .... seronok mengikuti cerita suku kaum rungus yang tinggal di rumah panjang. suku kaum rungus merupakan suku kaum yang terbesar di daerah kudat dan kemahiran dia orang ialah beads handicraft. sempatlah menengok kecekapan dia orang menghasilkan beads craft yang begitu cantik. rumah panjang dia orang diperbuat daripada buluh, dinding pulak daripada kulit kayu. emmm yang best ... toilet dia orang tu, toilet yang moden dan bersih sekali.




persinggahan ketiga .... tip of borneo (tg. simpang mengayau) ... aduhssssssss masa ni dah tengahari, dahaga dan laparrrrrrr .... jalan nak menuju ke tempat ni pun agak mencabar bagi keter viva nih ..... tapi sampai aja kat situ, aduhhhhhh terpukau mata kami di buatnya ... air laut yang biru kehijauan, subhanallah, cantik sangat2 ... anak2 teruja nak snorkeling dan mandi pantai, tapi panas terik beb ....

tanjung simpang mengayau ni merupakan "tip of borneo", yang paling utara sekali pulau borneo. di sinilah merupakan titik pertemuan dua laut iaitu laut cina selatan dan laut sulu.

"STANDING ON THE MAJESTIC CLIFTS OF THIS DRAMATIC HEADLAND EXUDES THE FEELING OF STANDING AT THE WORLD'S EDGE"




singgah makan sekejap kat gerai kat situ ... basahkan tekak dan alas perut sket ... sebelum meneruskan perjalanan ke pekan kudat.

sampai kudat sebelum asar, bermalam di hotel kudat marina & golf resort ... seronoklah budak2 dapat mandi kolam ... then spent the rest of our time there exploring the small town of kudat. pelbagai ragam penduduk setempat dapat ditengok.





Sunday, 14-Mar-2010 23:16 Email | Share | | Bookmark
Buah Melaka OR Onde onde

 
 
Quote:
Bahan-Bahan:
satu paket tepung pulut
jus pandan secukupnya (ambik daun pandan kat luar tuh, pastu potong kecik2 dan blendkan dia .... toskan airnya)
gula melaka secukupnya - potong kecik2
1/2 biji kelapa muda parut (putih sahaja)

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan (buat kecik2 senang makan)
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula, bulatkannya
4. Panaskan air hingga mendidih
5. Masukkan bebola pulut yang telah digentel
6. Bila bebola tu timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.


Sebenarnya dah lama bebeno tak buat kuih muih ni .... kebetulan jiran buat makan2, so buatkanlah buah melaka ni sket .... anak2 pun seronok menolong heheh


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net