Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Sunday, 24-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Bola Tampar Antara Seksyen, Jabatan Peguam Negara

Berlatarbelakangkan Palace of Justice
 
 
View all 12 photos...
Kami ikut ayah gi Putrajaya ari ni, ada pertandingan bola tampar antara seksyen ... di adakan di pusat sukan belakang ISTANA KEHAKIMAN yang mempunyai senibina yang begitu menarik sekali biarpun belum siap sepenuhnya.







Sunday, 17-Feb-2008 10:51 Email | Share | | Bookmark
Adik's 6th Birthday

sayang adik
birthday girl yang ceria
potong jangan tak potong dik
View all 6 photos...
Quote:
Alhamdulillah, hari ni adik dah 6 tahun ... dah besar dah tau. Semoga adik membesar menjadi seorang yang beriman, sentiasa patuh dengan perintahNya dan semoga kita semua berbahagia selalu.

Muahhsssssssssssss, sayang adik.

~ Ayah, Mama, Along & Ngah








Saturday, 9-Feb-2008 01:02 Email | Share | | Bookmark
Cuti Sempena CNY ~ Edisi Pantai Irama, Bachok

 
 
 
View all 6 photos...
Singgah sekejap di sini, sewaktu rembang petang ... masih ramai lagi menghabiskan cuti di pantai ini dan bermain ombak pantai biarpun ombak agak besar dan kuat. Sempat juga menikmati goreng-gorengan seafood, kali ini bersama ibunda tercinta.





Friday, 8-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti sempena CNY ~ Edisi Pantai Cahaya Bulan @ Moonlight Beach

di perkarangan PCB Resort
Posing anak dara
sarapan bertemankan deruan ombak
View all 6 photos...
Balik kampung kali ini, menjengah ke PCB ~ formerly known as Pantai Cinta Berahi (Beach of Passionate Love) ... melayan keinginan anak2 dan anak2 buah ... tapi pantai ni sebenarnya tak sesuai untuk mandi, sebab keadaan mukabumi nya yang agak membahayakan (pengalaman sendiri masa kecik2 dulu, hampir lemas diriku ini). Lagipun sekarang, banyak kesan hakisan pantai. Jadi sebenarnya budak2 ni mandi kolam kat PCB Resort hehehee . Yang bestnyer, sepanjang jalan menuju ke pantai ini, boleh jamu mata ... macam2 ada ... ada barisan penjual jagung, pastu, baju2 batik "bergayut-gayutan" bagaikan melambai2 supaya singgah kat kedai2 tuh





Yang bawah ini pula gambar poskad ... emmm gambar lama agaknya, memang nampak menarik ler berbanding dengan ku punya gambar2 tuh, lagipun masa ku pergi tu, cuacanya tak menentu, kejap panas, kejap mendung, angin pun kuat menyebabkan airnya agak keruh (ombak besar gitu ), jadi airnya idaklah kebiru-biruan heheh






Saturday, 2-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Macam2 ada hihihi !!!!!!!

Last weekend, pertandingan memancing @ TTC
Surau Bangi Perdana
Today, Nilai 3
View all 6 photos...
Sejak kebelakangan ini, masa luangku begitu terhad ... emmm expectedlah, sebab sibuk kerja , nak wat cam na, dah terikat ngan gomen, lagipun kalau tak kerja, susah jugak sebabnya emmm faham2 ajalah

sejak dua minggu lepas, kami sekeluarga memulakan cara hidup baru, ke arah healthy lifestyle gitu hehhe ..., jadinya awal pagi hujung minggu, kami akan terpacak kat taman tasik cempaka lah ... mengeluarkan peluh sikit sebanyak. Ku hanya buat brisk walking aja, tak boleh jogging cam dulu2 lagi waaaaaaaaaaaaaaa ... apa nak buat, penyakit dah melanda diriku. Anyway, apa pun keadaan kita, jangan berputus asa. Redha dengan apa yang dikurniakanNya, hanya Dia yang mengetahui hikmah disebalik setiap kejadian.



TAMAN TASIK CEMPAKA




NILAI 3






[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net