Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gugurnya bunga cinta

Gugur menyembah bumi @ Taman Tasik Cempaka
saja kasi tajuk gempak sket ... bukannya apa, saja nak hilangkan rasa bosan. Ari ni hari kedua tinggal ngan anak2, cik abang outstation ... hmmmm cabaran kehidupan . Sebenarnya ada lagi gambar2 masa cuti raya ari tu yang belum upload, tapi terasa malas lah pulak nak memilihnya ... so pilihlah yang senang ... gambar ni ditembak masa temankan anak2 main kat Taman Tasik Cempaka.



Sunday, 4-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Balik Kampung

Jalan Temenggung Kota Bharu
Pasar Siti Khadijah
Buka puasa ramai2
View all 15 photos...
Ini cerita dalam bulan puasa ari tu ... lepas ayah lapurkan diri ke JPA ... kami balik kampung lebih kurang seminggu sebab baki cutiku masih ada sebelum melapurkan diri untuk bertugas kembali. Seronok berbuka puasa dengan keluarga memang tak dapat digambarkan.

Since dah 3 tahun tak balik kampung ... macam celebrity pulak kami ... tiap2 hari ada jemputan berbuka di rumah adik beradik ... meriah dapat berkumpul ramai2 macam ni.






Saturday, 3-Nov-2007 01:20 Email | Share | | Bookmark
Cerita Penutup Bumi Negara Matahari Terbit

14 Sept - Antara kawan2 yang graduate sama2
Gambar family
With supervisor ... emmm lupa plak nama dia
View all 24 photos...
This entry is to conclude our last 3 days in Japan (lepas ni cerita dari tanahair tercinta lah pulak) ... especially dedicated to my beloved husband.

1. 14 September 2007

APU Graduation Ceremony. CONGRATULATIONS Yang ... penat lelah selama ini berbaloi lah sudah. Selepas ceremony, kami sekeluarga terus ke Beppu Port, dihantar oleh Keluarga Azhar/Hasira (banyak2 terima kasih diucapkan, hanya DIA yang dapat membalas segalanya) ... rakan2 yang lain tiba kemudian, dan kami berbuka puasa ramai2 di situ, meriah sekali .... in short, JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua, kalau nak dicatatkan satu2, memang tak habis ... malam ni tidur dalam feri dan yang paling penting, anak2 nak mandi OFURO


2. 15 September 2007

Satu hari ni menghabiskan masa jalan2 di Osaka, tapi tak lah jalan beria sangat, sebab puasa ... tenaga kureng gitu ... setelah letakkan barang2 di Chisun Inn, kami jalan2 di Dotonbori Street, pastu gi DON KI HOTEI yang paling besar di Jepun sementara nak tunggu naik cruise. Anak2 dah keletihan, so balik hotel untuk rehatkan badan.

Lepas Asar, kami menuju ke Umeda ... nak merasa masakan di Restoran Malaysia Boleh dan juga melihat keindahan pemandangan dari UMEDA SKY BUILDING.


3. 16 September 2007

Early morning, check out from the hotel, sebab tak sabar2 rasanya nak balik ke tanahair. Lagipun kalau gi awal2 kat airport, emmm bolehlah habiskan yen yang ada dalam saku tu ... tak gitu Yang . Anak2 pun seronok ... lagipun sebab dah reserved seat awal2, mereka dapat kid's meal (including Along n Ngah yang tak puasa sebab kena jalan jauh).

Bila dah jejakkan kaki di tanahair tuh, bercampur baur perasaan, gembira dan berdebar2 .... dan juga dapat "culture shock" ... terkejut naik cab yang dipandu begitu laju .





Tuesday, 30-Oct-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Syawal dari tanahair tercinta

sakura oh sakura, terkenang kembali .... sungguh mengusik jiwa
Entry pertama daripada tanahairku sayang

Biarpun sudah sebulan lebih kembali ke tanahair ... namun kenangan bumi sakura tetap menggamit hati


Namun sejuta kesyukuran dipanjatkan kepadaNya ... Aidilfitri kali ni sesungguhnya lebih meriah dan lebih bermakna sekali bagi kami sekeluarga. Maklumlah setelah 3 tahun beraya diperantauan, akhirnya dapatlah kami berhari raya dengan sanak saudara di kampung.


psstttt: ini gambar dari internet, not my own .... tapi suka sangat2 tengok gambar ni, semoga kehidupan kita semua seindah pelangi ini


Thursday, 13-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan daripada kami sekeluarga
Kepada semua sahabat2 sekalian, selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan di mana kita dituntut berpuasa ... bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.

p/s: This would be our last entry from The Land of the Rising Sun ... hari ni hari terakhir internet ada, around 1 pm perkhidmatan internet akan ditamatkan. Esok, InsyaAllah, selepas graduation ceremony di APU, kami akan berangkat meninggalkan bumi Beppu ini dengan menaiki feri ke Osaka, would be staying there overnite before flying back to Malaysia on Sept 16th.

Nasib fotopages ini pada masa yang akan datang .... belum diketahui lagi, segalanya berkemungkinan.




[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net