Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 29-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sports Day, SK Jalan 4 ~ Bandar Baru Bangi

before 7.30 am dah sampai dah
ngah n friend
along ngan rakan2 seperbarisan
View all 15 photos...
Diadakan di Stadium MPKJ Seksyen 15. Meriah, tetapi panas banget . Ngah ada acara sukaneka (bagi darjah 1 - 3), along pulak masuk perbarisan ... and guess what!!! pasukan along i.e. ENGGANG, menang acara perbarisan, hehhehe, sukalah dia orang, sebab cikgu belanja KFC lepas tuh. Adik pulak, dok berkepit ngan ayah n mama ler, sekejap ke sana, sekejap ke situ, maklumlah budak2 cepat bosan, tambah pulak, panasssssssssss





Saturday, 22-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Outing hujung minggu ~ Muzium Negara & Taman Tasik Perdana

 
 
 
View all 9 photos...
masih teruja dengan muzium keris di pasir salak, anak2 minta nak ke muzium lagi, so bawaklah di muzium negara .... seronok juga tengokkan yang bersungguh2 dia orang salin itu dan ini, cuma agak terkilan sbb ada dua bahagian galeri yang ditutup untuk renovation.

pastu, ke taman permainan di lake garden, mengutip kenangan lama di situ, kalau dulu, saban minggu berkunjung ke lake garden .... tapi sekarang, tak bolehlah, sebab jauhhhhhhhh you, nak ke KL pun hmmmm chotto taihen desu yo ne





NATURES ... IN AND AROUND LAKE GARDEN

Sementara anak2 melayan diri ngan mainan yang ada, mama pulak sibuk menembak apa yang ada di sekeliling .... maklumlah hujung minggu aja berpeluang nak melepaskan gian menembak ni






Friday, 14-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti2 PERAK II ~ Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak
Alamak, silaunya hari ni
dekat ngan tempat JWW BIrch mati dibunuh
View all 15 photos...
Daripada Lumut, kami ke Kg. Pasir Garam, untuk menziarahi keluarga angkat ayah ... tapi sebelum tu, singgah sekejap di Kompleks Sejarah Pasir Salak ... mendedahkan anak2 kepada sejarah penting negara

Quote:
Kompleks Sejarah Pasir Salak dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Penubuhan Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah dari idea Y.A.B. Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak.

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati kita betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi negara Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan dijadikan sebagai sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang bermanfaat kepada masyarakat seluruhnya.

Pembinaan Kompleks Sejarah Pasir Salak ini juga bertujuan untuk memperingati generasi-generasi muda akan peristiwa Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta memperingati akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara.



Tiket untuk masuk ke Terowong Sejarah Pasir Salak ... murah aja




RUMAH KUTAI



KELUARGA ANGKAT, Kg. Pasir Garam


Wednesday, 12-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti2 PERAK I ~ Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Jeti Lumut
Tengah beratur tunggu feri
Welcome to Pangkor Island
View all 27 photos...
Sempena cuti sekolah, kami ke Pulau Pangkor .... 12 - 14 Mac, rehat2 sambil menikmati keindahan alam bumi Malaysia.



Ngah excited sungguh dapat berbuai di tepi pantai



Orang panggil batu ni BATU IKAN PAUS, terletak di Pulau Mentagor, emmm adalah rupa ikan paus sket2 kan






Sunday, 2-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Weekend getaway ~ Pengkalan Balak, Melaka

Zaza with along n adik ... selamat pengantin baru zaza ...
Posing kat pantai kemunting, sedang cari chalet heheheh
decided to overnite here
View all 21 photos...
Kebetulan ada kenduri kahwin kawan di Masjid Tanah, Melaka, jadi apa lagi, ambil kesempatan yang ada untuk berehat ngan anak2 hujung minggu ... lepas ke rumah kawan tu, kami menuju ke Pengkalan Balak ... it was a rainy and cloudy weekend, jadi orang tak lah ramai sangat.

We stayed overnite at DNelayan Resort Sg. Kuang ... emmm okaylah, ada kolam kecik dan kalau nak mandi pantai, tak yah lintas jalan, anak2 memang tak melepaskan peluang, sebab dia orang ni memang suka sangat2 ngan air nih .... malam pulak, makan ikan bakar kat Pengkalan Balak ... taklah best sangat ikan bakar kat situ, kurang fresh lak tuh, agaknya sebab cuaca kut, orang tak turun ke laut hehehh .... the next morning, anak2 sambung mandi pantai n kolam lagi, pas tu ke Pusat Penyu sekejap ....









Last but not least, perang poster kat sini juga meriah ... seperti lain2 tempat


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net