Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Jun-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Kelas Memasak

Tekan jangan tak tekan, sampai lenguh2 tangan tu dibuatnya hihih
Inilah sensei chicken chop
Hmm salin recipe tu, jangan tak salin, tapi jangan lupa buat yer
Setelah lama bercuti (kelas ni terhenti bila musim bunga menjelma, maklumlah musim orang berjalan2 gitu ) ... kelas masakan ni dimulakan kembali. Daripada dok melangut sorang2 kat rumah, baiklah berkumpul ramai2 cam ni dan pakat2 tuntut ilmu daripada mana2 yang lebih tu, besar pahalanya.

1. 23 May 2007 - Kelas Masakan Cendol n Udon (Soba pun ada juga). Terima kasih banyak2 Marizah yang bersusah payah menurunkan ilmu di dada ... dapat gak lah melepaskan rindu dendam terhadap cendol ni ... hmmm summer dah menjelma ... lagi lah terasa nikmat cendol tuh yummy yummy

2. 28 May 2007 - Kelas Masakan Chicken Chop, terima kasih kepada Zabar yang sudi tunjukkan step by step nak buat ni, siap dengan petua2nya sekali. Yang ni sahih jadi menu pilihan anak2, memang sodap banget sih







Soba yang siap direbus ... nak ngap aja, tapi kicapnya mana daaaaaa


Chicken chop yang mengancam jiwa raga

p/s: lambat banget sih update gambar2 ni, bukannya apa, separuh gambar ada dalam laptop, separuh lagi dalam PC, susah weihh, plus TAK RAJIN aka MALAS lah tuh ehhehe ... lebih2 lagi sejak dua menjak ni, debaran dek jishin tu belum reda sepenuhnya lagi, rumah goyang sebab lori lalu ker atau jiran tutup pintu kuat ker, palpitation aja


Resipi Chicken Chop Puan Zabariah

(Zabar, saya kongsikan resipi ni di sini yer, banyak pahala tau berkongsi ilmu pengetahuan ni heheh .... pstttttttt zabar n kawan2 yang lain, kalau silap, tolong betulkan yer, maklumlah, salin resipi tak pernah complete heheh )

Quote:
Mula2 perap ayam boneless yang dipotong dua atau empat (mengikut citarasa masing2) selama sekurang2nya 3 jam (lagi lama lagi bestttttttt). Ayam diperap dengan bahan2 blend i.e. 1 labu bawang besar, 1/2 labu bawang putih dan 1 inci halia dan juga sos bbq jika ada, sos tiram dan kicap (lebih kurang 2 sudu besar (ikut citarasa gak lah ... yang suka masin tu bolehlah boh lebih sket)

Sementara itu bolehlah siapkan sos black pepper (untuk dicurahkan atas ayam nanti) ... tumiskan bawang putih yang dicincang halus (1/2 labu jugak), then tambahkan sos tiram, sos tomato, air (agak2lah yer) .... pastu masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, then masukkan satu kiub ayam dan juga kicap ... rasakan gula mengikut citarasa ....

Untuk whipped potato pulak ... kentang yang telah dikupas kulitnya direbus dengan sedikit garam, setelah empuk, "mashed" kan kentang2 tuh ... then masukkan 1/4 cawan susu segar (atau boleh ditambah mengikut kelembutan) kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam dan garam ... panaskan di atas api sederhana sekejap. Untuk hidangan kelihatan cantik, sila gunakan scoop aiskrim yer ... hmmm kena cari kat hyaku yen shop ler ni nampaknya

Untuk coleslaw pulak, sagat carrot n kubis ... rendam dalam air sejuk dari fridge (untuk bagi ianya lebih crunchy) ... then gaulkan dengan mayonis ... siappppppp

Okay, dah siap perap ayam tuh, bolehlah digoreng ... tapi sebelum goreng, celupkan ayam tadi dalam putih telur yang dipukul kembang, then golekkan dalam corn starch/tepung beras ... then deep fry hingga kuning keemasan.

Last but not least, gorengkan kentang untuk dihidangkan bersama2 ... pastu bolehlah dihias atas pinggan apa jenama pun mengikut citarasa masing2 ... bolehlah dihiaskan bersama2 dengan potongan timun, tomato dan juga daun salad ... seperti dalam gambar lah kut heheh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net