Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Mar-2010 23:16 Email | Share | Bookmark
Buah Melaka OR Onde onde

 
 
Quote:
Bahan-Bahan:
satu paket tepung pulut
jus pandan secukupnya (ambik daun pandan kat luar tuh, pastu potong kecik2 dan blendkan dia .... toskan airnya)
gula melaka secukupnya - potong kecik2
1/2 biji kelapa muda parut (putih sahaja)

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan (buat kecik2 senang makan)
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula, bulatkannya
4. Panaskan air hingga mendidih
5. Masukkan bebola pulut yang telah digentel
6. Bila bebola tu timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.


Sebenarnya dah lama bebeno tak buat kuih muih ni .... kebetulan jiran buat makan2, so buatkanlah buah melaka ni sket .... anak2 pun seronok menolong heheh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net