Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Sep-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Acara Selingan

 
tatkala kebosanan di tengah2 minggu



Nasi Berlauk

Being a Kelantanese by upbringing, tidak boleh lari daripada breakfast yang "berat2"... & one of my favourite is Nasi Berlauk .... it means nasi putih, gulai ikan aya, timun and sambal belacan.

Kesedapan nasi berlauk ni pula (bagi sayalah, lagipun selera kita ni berbeza2 ) bergantung kepada gulai ikan aya tu .... ini resepi yang mak ajar (arigatou mak .... memang dulu saya malas memasak mak, tapi sekarang ni, sebab terpaksa, bolehlah, untuk melepaskan rindu dendam tu hehhehe).



Quote:
Bahan-bahan:

2 ekor ikan aya / tongkol saiz sedang
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
sedikit gula melaka jika suka (saya tak boh this one, coz stok dah habis )
1 tin santan
garam secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis


Bahan kisar:

1 labu bawang besar (kalau guna bawang merah lagi sedap, tapi kat jepun ni tak ada )
2 ulas bawang putih
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
2 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit

Cara membuatnya:

Ikan dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
Kemudian direbus hingga masak dengan sedikit air, sedikit garam dan 2 keping asam gelugur (tambah sedikit cuka, ini petua mak, supaya isi ikan jadi pejal .... jadi tak hancur semasa gulai nanti)

Panaskan minyak, masukkan cili kisar diikuti bahan kisar yg lain. Goreng hingga wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan.

Apabila mendidih masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur, gula melaka dan garam secukup rasa. Renehkan sehingga agak pekat sedikit baru diangkat. Siapppppppppp.

Nota kaki: Boleh juga nak di tambahkan sayur2 seperti kacang panjang atau apa2 lah yang suka hehehe


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net