Sweet Memories Shall Be Cherished Always

By: yangmazni n yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Sep-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
APU Graduation Ceremony Sept 2006

 
 
3 Stoogers
Eh eh bukan 3, tapi 4 Stoogers heheeh
Keluarga Pak Ngah n Mariam
Kenangan terakhir bersama2 mereka yang akan balik huhuhu
Tengahari, ikut ayah gi APU ... menyaksikan kegembiraan kawan2 yang telah menamatkan pengajian mereka dengan jayanya ....... to them, CONGRATULATIONS, dan lepas ni bolehlah kembali BERKHIDMAT UNTUK NEGARA . Hopefully, dengan izinNya, in a year's time, ayah punya turn lah pulak . Mengikuti upacara sebegini, menarik dan banyak perbezaan yang dapat diperhatikan berbanding dengan convocation day yang pernah di lalui di tanahair dan juga dapat belajar perkara baru.

ACARA SELINGAN 2

NASI DAGANG & NASI KERABU



NASI DAGANG

Untuk E + F: Akak lum pass lagi wat nasi dagang ni ... tak menjadi seperti yang mak buat, more than a year ago, teringin sangat nak makan nasi dagang, siap call mak, tanyakan recipe n cara2 ... seperti biasa, tak dak orang leh lawan air tangan mak sendiri kan .... and since akak tak ada beras nasi dagang, mak cakap boleh campur dengan beras pulut atau beras jepun (since beras jepun pun lembut jugak). Jadilah ala2 nasi dagang terengganu gitu

Quote:
Bahan-bahan:

4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa (saya guna 1 tin santan) - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus (since kat sini tak ada bawang merah, akak guna bawang besar aja, kalau guna bawang merah, orang kelantan kata "berbangkit" lah nasi tu = berbau wangi )
2 cm halia - dimayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)

Cara membuatnya:

Beras dibersih dan direndam overnight (dengan air).

Letak pengukus atas dapur dan masukkan air. Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak

Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut. Masukkan bawang yang dimayang, halia dan halba dan ditanak sekejap di atas dapur (jangan sampai pecah minyak).

Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata. Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.

Bila masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi. Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.

SEDAP DIMAKAN DENGAN GULAI IKAN AYA n ACAR MENTAH


NASI KERABU



Quote:
Nasi kuning:

4 pot beras Siam
1 sudu kecil serbuk kunyit (untuk jadikan nasi tu warna kuning )
air secukupnya dan sedikit garam.
campurkan kesemuanya dan masakkan di dalam rice cooker

Sambal Tumis:
1 labu bawang besar
5 tangkai cili kering (ikut suka, kalau mahu pedas sket, boleh tambah lagi)
1 inci halia
2 batang serai
secubit serbuk kunyit
1 tin santan
garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor

Cara2:

Bawang,cili,halia serai dimesin halus dan ditumis menggunakan minyak yang
agak banyak. Bila naik bau,letak santan,asam dan rasakan garam dan gula (biarkan agak pekat). Kalau suka boleh gak boh budu ... saya suka letak budu ni, sodappppppp

Sambal kelapa dan ikan
2 ekor ikan kembong(di bakar, lagi banyak ikan lagi sodap)
2 batang serai (dimayang halus)
1/2 labu bawang besar (dimayang halus)
garam, gula secukup rasa
1/2 pack fine dessicated coconut (kelapa kering halus)

Cara2:
Kelapa kering digoreng tanpa minyak hingga keperangan.
Ikan bakar tadi diambik isi sahaja (tulang buang yer, tak boleh makan tu).
Campurkan kesemua bahan2 i.e. kelapa kering yang digoreng, isi ikan, serai, bawang, gula n garam dan di gaul hingga sebati (kalau ada lesung batu, bolehlah tumbuk, lagi besttttttttt).

Ulam2: taugeh,kacang panjang,timun, kubis (ikut citarasa sendiri, dipotong halus2 kesemuanya, eh eh, taugeh tu janganlah potong lak, buangkan ekor nya ajaaaaa )

LAGI SEDAP JIKA DIMAKAN BERSAMA2 DENGAN IKAN CELUP TEPUNG, KEROPOK DSB


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net