a great and enjoyable snorkeling experience .... fantastic!!!!!!!!!!!!!1
IN AND AROUND KK WATERFRONT
kenangan jalan2 di sekitar waterfront KK ... alhamdulillah, sambil tengok2 mana yang patut di tepi2 tuh, dapat menikmati keindahan senja yang begitu mendamaikan ... memang kami nasib baik sbb satu hari ni ajalah yang cerah dan terang benderang ... ari2 yang lain tuh, hujan waktu petang.  begitulah percaturan Dia yang maha mengetahui segalanya.
enough of that, jom layan gambar2 ni.
anyway, percutian sempena cuti sekolah kali ni ... destinasinya ke sabah ... it has been our long long dream to go to sabah .... alhamdulillah, yang TERSAYANG hadiahkan percutian kali ini sempena anniversary kami yang ke 14 ... terima kasih banyak2.
secara kesimpulannya, memang kami berpuas hati dengan percutian kali ini ... maklumlah dah lama tak ambik cuti panjang, jadi kami memang plan apa yang kami nak buat sepanjang kami di sabah ... walaupun tidak mengikut perancangan asal, alhamdulillah, turned out to be very satisfactory.
sewa keter viva ... puas hati dapat meronda2 ke mana yang kami nak.  first day, kami ke nexus karambunai ... hujan lebat menyambut kedatangan kami .... so kami hanya berehat di hotel dan buat apa yang patut lah hehhehe .... however, ada juga pengalaman masam-masam manis kat sini .... so next day, we checked out and headed for our first phase of percutian ie. exploring daerah kudat.
EXPLORING DISTRICT OF KUDAT, SABAH
perjalanan ke pekan kecil kudat, biasanya mengambil masa around 2 to 3 hours .... we took longer, coz berhenti here and there.  sepanjang perjalanan tidak menjemukan ... pemandangan banjaran crocker dan kampung2 di sepanjang perjalanan cukup menghiburkan.
persinggahan pertama ... KG SUMANGKAP ... tempat buat gong, nak masuk kena bayar rm 5 for adults ....  :-D
persinggahan kedua ... rungus long house .... seronok mengikuti cerita suku kaum rungus yang tinggal di rumah panjang.  suku kaum rungus merupakan suku kaum yang terbesar di daerah kudat dan kemahiran dia orang ialah beads handicraft.  sempatlah menengok kecekapan dia orang menghasilkan beads craft yang begitu cantik.  rumah panjang dia orang diperbuat daripada buluh, dinding pulak daripada kulit kayu.  emmm yang best ... toilet dia orang tu, toilet yang moden dan bersih sekali.
persinggahan ketiga .... tip of borneo (tg. simpang mengayau) ... aduhssssssss masa ni dah tengahari, dahaga dan laparrrrrrr .... jalan nak menuju ke tempat ni pun agak mencabar bagi keter viva nih  LOL  ..... tapi sampai aja kat situ, aduhhhhhh terpukau mata kami di buatnya ... air laut yang biru kehijauan, subhanallah, cantik sangat2 ... anak2 teruja nak snorkeling dan mandi pantai, tapi panas terik beb ....
tanjung simpang mengayau ni merupakan "tip of borneo", yang paling utara sekali pulau borneo.  di sinilah merupakan titik pertemuan dua laut iaitu laut cina selatan dan laut sulu.
"STANDING ON THE MAJESTIC CLIFTS OF THIS DRAMATIC HEADLAND EXUDES THE FEELING OF STANDING AT THE WORLD'S EDGE"
singgah makan sekejap kat gerai kat situ ... basahkan tekak dan alas perut sket ... sebelum meneruskan perjalanan ke pekan kudat.
sampai kudat sebelum asar, bermalam di hotel kudat marina & golf resort ... seronoklah budak2 dapat mandi kolam ... then spent the rest of our time there exploring the small town of kudat.  pelbagai ragam penduduk setempat dapat ditengok.
satu paket tepung pulut
jus pandan secukupnya (ambik daun pandan kat luar tuh, pastu potong kecik2 dan blendkan dia .... toskan airnya)
gula melaka secukupnya - potong kecik2
1/2 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan (buat kecik2 senang makan)
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula, bulatkannya
4. Panaskan air hingga mendidih
5. Masukkan bebola pulut yang telah digentel
6. Bila bebola tu timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.
TANJUNG LUMPUR - MAKAN IKAN BAKAR, SEDAPPPPPPPP
PANTAI BATU HITAM
TELUK CEMPEDAK
SG PANDAN WATERFALL ~ CIPTAAN ILAHI YANG AMAT INDAH, SUBHANALLAH
MUZIUM SUNGAI LEMBING ~ MUZIUM PERLOMBONGAN
sekarang ni pulak, dah seminggu dah sekolah berlangsung untuk tahun baru .... alhamdulillah, so far tak ada masalah besar.  anak2 pun excited mulakan sekolah.  hujung minggu ni, tak banyak plan.  semalam gi makan kat sushi king alamanda.  teringin pulak nak makan japanese food, nostalgia beb.
banyak betul makanan yang dihidang.  kenyang sungguh.  kami kemudian bertolak ke kampung gajah selepas maghrib.  mengunjungi keluarga angkat ayah.  last time kami pergi 2 years back.  sayang seribu kali sayang, musim doghoyan baru aja habis.
Sempat jugak singgah tempat labu sayong, merupakan suatu produk bagi daerah ini .... emmm tak banyak pilihan yang ada ....  ;-)
Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.
Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.
Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.
MORE .... http://www.kraftangan.gov.my
1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu rujukan]
Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
from WIKIPEDIA
kebetulan pulak ada pameran da vinci, so masuklah sekali, whoaaaaaaaa boleh tahan tiketnya tuh.  anyway, anak2 tak enjoy sangat kat dalam tuh, high fi sket and banyak reading materials.  anyway, pameran ni banyak memberi pengetahuan, dan sesungguhnya manusia yang bernama leonardo da vinci memang banyak kelebihannya, memang genius.  sebenarnya dilarang ambik gambar kat dalam tu, tapi ku sempat snap dua tiga gambar sebelum kena "tangkap" hehehehh